Thursday, 21 February 2013

ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTER

[IMIC]link
 
Tarikh Lawatan : 30 Januari 2013
Tempat : IMIC Danga Bay[link], Johor Baharu



        1.  Pengenalan

 

Wilayah Iskandar Malaysia telah direka bentuk khas untuk menarik para pelabur. Wilayah itu akan dilengkapi dengan kemudahan terkini, infrastruktur lengkap dan pusat perniagaan setempat untuk memastikan transaksi perniagaan lebih cepat, lancar dan mudah. Terletak di Negeri Johor, gerbang selatan Semenanjung Malaysia, antara kebaikkan pembangunan Iskandar Malaysia ini ialah :-
  • Perjalanan hanya mengambil masa antara 6 hingga 8 jam penerbangan dari Bandaraya Asia yang sedang berkembang pesat seperti Bangalore, Dubai, Hong Kong, Seoul, Shanghai, Taipei dan Tokyo.
  • Ianya terletak dalam jangkauan pasaran global yang meliputi kira-kira 800 juta orang.
  • Dihubungkan melalui laluan udara, darat, kereta api dan laut.
  • Dikelilingi 3 pelabuhan besar berdekatan iaitu Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Tanjung Langsat di Semenanjung Malaysia dan Pelabuhan Jurong di Singapura.

Peta lokasi strategik Iskandar Malaysia

Dengan mempunyai salah satu daripada persekitaran perniagaan yang paling baik di rantau ini, Malaysia ialah tempat yang paling baik untuk melabur. Dengan mengambil kira gaji kompetitif, inflasi rendah, kadar pengekalan perkerja yang tinggi, pekerja-pekerja berpendidikan baik dan fasih pelbagi bahasa serta infrastruktur bertaraf dunia, ia merupakan pertimbangan ekonomi baik untuk melabur di dalam sebuah negara yang kukuh dan stabil seperti Malaysia.

Pecahan Zon Utama Iskandar Malysia 


Iskandar Malaysia UTM Reesearch Center [IMRC]http://imrec.utm.my/[link]

 
Video Iskandar Malaysia UTM Reesearch Center

Wilayah Iskandar Malaysia  ini dibahagikan kepada  beberapa Zon Utama iaitu Zon A merangkumi kawasan daerah JB City Center, Zon B (Nusajaya), Zon C (Western Gate Development), Zon D (Eastern Gate Development) dan Zon E (Senai-Skudai Development). Iskandar Malaysia akan menjadi wilayah pembangunan paling pesat di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan digabungkan untuk membentuk metropolis maju dan makmur.


          2.   Iskandar Malaysia Information Center (IMIC)


Pandangan hadapan IMIC

Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) ialah tempat memberi maklumat berkaitan pembangunan lestari berwawasan kearah negara maju 2020 di dalam Wilayah Iskandar Malaysia. Terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay, ia dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Feb 2012.



Video gambaran ilustrasi Iskandar Malaysia

Dengan platform komunikasi sedia ada, orang awam, pelabur dan pelabur yang berpotensi kini mempunyai peluang yang lebih untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai ISKANDAR MALAYSIA - di Pusat Maklumat ISKANDAR MALAYSIA (IMIC – ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTER).

En Yusri  berkata peranan utama IMIC adalah sebagai platform interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. IMIC akan mempamerkan kemajuan pembangunan dan kerjasama antara agensi-agensi, badan-badan Kerajaan dan pelabur di ISKANDAR MALAYSIA. 
"Ia akan menjadi satu forum bagi semua pihak yang berkepentingan untuk memahami, belajar dan mengambil bahagian dalam perkembangan di ISKANDAR MALAYSIA," kata En Yusri, sambil menambah IMIC juga akan membantu untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelan induk ISKANDAR MALAYSIA.”
Berkeluasan 19,057 kaki persegi, pusat maklumat ini yang dijangka menerima 200,000 pengunjung setahun, dilengkapi dengan panel skrin sentuh interaktif dan kiosk maklumat.
Pusat ini akan menjadi sumber pengetahuan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk memenuhi jangkawan demografi umum berikut:

1) Komuniti Tempatan - masyarakat tempatan akan dapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan   hasrat, kesan dan kemajuan daripada ISKANDAR MALAYSIA kepada kesejahteraan umum;

2) Masyarakat Serantau - Ini termasuk bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi juga pelawat dari negara-negara ASEAN yang lain. Mereka  boleh mendapatkan penerangan dan maklumat tentang kesan yang dibawa oleh ISKANDAR MALAYSIA di rantau ini dan bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam pertumbuhannya.

3) Pelabur - Sebagai pihak yang berpotensi dan juga rakan strategik, mereka akan dimaklumkan mengenai skop dan keunikan ISKANDAR MALAYSIA dan peluang yang dibuka untuk perniagaan dan pelaburan di ISKANDAR MALAYSIA;

4) Pelawat Antarabangsa - yang meliputi ekspatriat dan pelancong asing; pusat ini perlu memfokuskan kepada mereka, aspirasi ISKANDAR MALAYSIA sebagai pembangunan yang bertaraf dunia.
IMIC yang menelan belanja lebih kurang RM5million, dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu Melabur, Bekerja, Bermastautin and Beriadah. Ia juga dilengkapi dengan UniFi. IMIC dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Ianya ditutup setiap hari Isnin dan Cuti Am.


     3.   Taklimat oleh pegawai perhubungan awam IMIC



 

Taklimat ringkas daripada staf IMIC berkenaan 
peranan IMIC dalam Iskandar Malaysia


Kami telah diberi penerangan oleh pegawai informasi IMIC iaitu En Yusri. Beliau telah memberi penerangan dengan jelas berkaitan pembangunan Wilayah Iskandar Malysia yang mernagkumi tentang sejarah, kelebihan dan kebaikan dilaksanakan, pelaburan, kewangan, pertumbuhan ekonomi negara, GDP, Perkapita Pendudukn, pembangunan IT, taman tema Legoland, IRDA dan banyak lagi yang berkaitan dengan pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang dan akan dilaksanakan. Menurut beliau Wilayah Iskandar Malsyaia ini adalah termasuk salah satu lima wilayah pembangunan Koridor Ekonomi dibina Malysia semasa dibawah pemerintahan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Wilayah Koridor tersebut ialah Wilayah koridor Ekonomi Utara, , Wilayah Koridor Ekonomi Iskandar Malaysia, Wilayah Koridor Ekonomi Timur, Wilayah Koridor Ekonomi Sabah dan Wilayah Koridor Ekonomi Sarawak     

4.       Lawatan di ruang pameran informasi IMIC

 
Penggunaan teknologi touchscreen moniter yang disediakan di
 IMIC memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat
 dengan lebih mudah dan mesra pengguna


      Di IMIC maklumat boleh didapati dengan menggunakan scaren sesentuh. kebanyakan teknologi ini digunakan untuk hand phone, laptop television, moniter. Teknologi ini mudah menemukan suatu alat yang hanya perlu menyentuh pada layar secreen sahaja. Touchscreen merupakan sebuah paparan screen komputer yang biasanya digunakan untuk menampilkan informasi grafikal dan visual yang merupakan output dari sebuah komputer. Pada touchscreen ini kita sebagai pengguna langsung dapat memberikan maklumat dengan cara menyentuh layarnya.Pada era sebelum ada touchscreen kita sebagai pengguna kebanyakannya memberikan maklumat pada keypad yang kemudian akan diteruskan oleh program.Selanjutnya mari kita mengetahui bagaimana cara kerja dari touchscreen ini sendiri. Boleh dikatakan keseluruhan ruang pameran informasi di IMIC ini menggunakan kaedah touchscreen bagi mendapatkan maklumat.

    
5.     Antara teknologi IT yang digunakan di IMIC


1. Penggunaan teknologi moniter touch screen.
Pada umumnya,layar touchscreen terbahagi kepada 3 bahagian atau komponen utama iaitu:
1. Touch Sensor
2. Controller
3. Software driver
Touch Sensor
Touch sensor merupakan sebuah lapisan penerima input dari luar monitor.
Input dari touchscreen adalah sebuah sentuhan, maka dari itu sensornya juga merupakan sensor sentuh.

       Controller
Controller merupakan sebuah alatan yang digunakan untuk menghubungkan antara sensor dengan komputer yang akan memproses sentuhan tersebut.
Keterangan maklmuat screen sesentuh:
1. Touch sensor
2. Controller
3. Software driver
Selanjutnya touchscreen ini sendiri ada 3 jenis iaitu :
>Capasitive Touchscreen
>Surface Wave Touchscreen
>Resistive sensor Touchscreen
>Capasitive Touchscreen

 1. Penggunaan gerakan badan (body motion)

 Teknologi body motion juga telah diaplikasikan di dalam permainan interaktif selain daripada teknologi skrin sesentuh. Teknologi ini akan mengesan pergerakan objek secara sensor bagi memulakan permainan dan pengunjung perlu bijak untuk mencari titik pengesanan agar boleh dikesan oleh pengesan body motion ini.






     2) Penggunaan lcd projectro 3D
      
 Di IMIC juga kami melawat sebuah bilik gelap yang menempatkan tayangan video melalui lcd projector dalam bentuk tiga dimensi (3D view. Paparan ini di lakukan oleh teknologi lcd dalam bentuk 3 dimendi dimana lcd tersebut diletakkan kanta cekung dan dibalikan ke belakang yang menempatkan cermin di bahagian belakang kanta cekung tersebut. Hasilnya gambar yang dipancar kan akan berbentuk melengkung seperti sefera bumi.(bulat)




        Gambar di atas menunjukkan beberapa penyediaan paparan maklumat berkaitan Pembangunan Iskandar Maysia telah disediakan dan dikendalikan menggunakan kaedahTeknologi maklumat terkini secara screen sesentuh berinteraktif menjadikan satu tarikan kepada pengunjung dan pelawat. Selain itu penggunaan komunikasi poster elektronik, penggunaan LCD projector dalam bentuk 3 dimensi (3D view), paparan education game dan banyak lagi boleh dilihat di dalam Danga Bay Convetion Center. Di IMIC ini juga disediakan alatan permainan berteknologi perkomputeran yang terkini berkaitan permainan (games) animasi  pergerakan tangan tanpa wayer yang berhubung terus pada paparan screen moniter.

         
  6.    Maklumat berkaitan Iskandar Malaysia di IMIC


     1.)   Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia
Berdasarkan keluasan 2,217 kilometer persegi, iaitu dalam jangkaan tiga kali lebih besar dari saiz Singapura, Iskandar Malaysia menawarkan ruang hartanah yang mencukupi dengan harga paling komptetif.



Untuk makluman Iskandar Malaysia adalah yang pertama dilaksanakan sebagai perintis kepada pengerak kearah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Pada masa ini Iskandar Malaysia adalah yang paling banyak memberi pendapatan dan kemajuan yang mendadak daripada segi penglibatan pelaburan yang dibuat samada pelabur dalam negara atau daripada pelabur luar negara yang melabur di Iskandar Malysia. Keyakinan pelabur ini adalah satu kehebatan dan kelebihan buat Iskandar Malysia yang telah dirancang dengan jayanya berkemungkinan atas beberapa faktor antarnaya Iskandar Malaysia berdekatan dengan Singapura yang kita kenali sebagai antara negeri yang maju didunia serta ekonomi yang kukuh berbanding negara berdekatan seperti Indonesia, Brunai dan Thailand. Kedudukan Iskandar Malaysia di tempat lokasi strategik telah memberi tempias dan persaingan ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan, sektor hartatanah dan sektor perindustrian dan juga pelabuhan. Pembangunan Iskandar Malysia ini secara tidak langsung akan dapat menaikan nilai hartanah di seluruh kawasan Iskandar malysia. 

Selain itu Bilangan penduduk juga akan bertambah pada masa hadapan. Mengikut sasaran yang dibuat, dianggarkan pada tahun 2025 penduduk di Zon Johor Baharu City adalah sekitar 3 juta penduduk  berbanding sekarang hanya sekitar 1 juta penduduk.
Sementara perkapita pendapatan akan bertambah sebanyak USD 31,100 pada tahun 2025. Peluang pekerjaan akan bertambah kepada 1.46 juta kekosongan.

Berikut merupakan sasaran yang dibuat:
Economy Growth

2005
2025
GDP (USD)
20b
93b
Perkabita (USD)
14,790
31,100




Dengan perancangan dan sedang dilaksanakan pembangunan Iskandar Malysia ini akan memberi impak kepada negara jiran kita terutamya dari segi ekonomi, pelancongan, pendidikan, sosial, kuasa membeli akan meningkat.Begitu juga penyediaan Infrastruktur seperti perhuhungan darat, udara dan laut bertambah, kemudahan IT berteraskan teknologi terkini menjadikan bandar pada zetiap Zon utam menjadai bandar cyber. Begitu juga  persaingan ekonomi akan menjadi lebih terbuka dan berdayasaing. Contohnya di Wilayah Iskandar Malaysia menempatkan Zon strategik seperti di Zon Pembangunan Gerbang Barat yang menempatkan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) untuk laluan kapal-kapal kargo yang sekarang ini akan membuka ruang kepada  kapal yang melalui selat Melaka dan  terus berlabuh di PTP untuk mengisi minyak dan tidak ke Pelabuhan Jurong. Begitu juga Di Zon Pembangunan Gerbang Timur yang menempatkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung langsat bagi memberi ruang kepada kapal-kapal dari sebelah Timur. Kelebihan dan lokasi strategik yang ada di Iskandar Malaysia ini akan menjadikan Negeri Johor adalah yang termaju berbanding negeri-negeri lain dan setanding negara maju seperti Japan, Taiwan dan Singapura.


     2)   Mencetus Pemangkin Pembangunan

          Khazanah adalah salah satu pemegang saham dengan sejumlah pelaburan dan inisiatif dalam Iskandar Malaysia. Perkara ini tertakluk di bawah tunggak ketiga mandat Khazanah - membuat pelaburan dalam sektor dan kawasan baru yang strategik demi jaminan masa depan negara.
Inisiatif pembangunan Khazanah di Iskandar Malaysia bersifat pemangkin dan dilaksanakan menerusi beberapa langkah. Sebagai contoh, Pelaburan Iskandar Bhd. (IIB) yang mempunyai 60% saham adalah pemaju utama Medina Iskandar, pusat perniagaan penting di Nusajaya. IIB juga pemaju EduCity, gedung pendidikan di Nusajaya yang merangkumi universiti bertaraf dunia, sekolah antarabangsa dan kolej, tempat tinggal dan kemudahan rekreasi. Tambahan pula, IIB terlibat dalam pembinaan Taman Tema LEGOLAND Malaysia yang bertempat di Nusajaya dan dijangka akan dibuka pada hujung tahun ini. 

           En Yusari juga ada menerangakan peranan IRDA (Iskandar Regional Development Authority) dalam Iskandar Malaysia dan kenapa diwujudkan apa fungsinya. Menurut beliau IRDA di wujudkan bertujuan untuk mengawalselia dan memantau penglibatan pemegang berkepentingan dalam sektor swasta dan sektor awam ke arah merealisasikan wawasan membangunkan Iskandar Malaysia menjadi sebauh metroplois bertaraf antarabangsa yang kukuh dan lestari.. Selain itu IRDA memudahkan pengurusan untuk pelabur luar negara datang ke Malaysia melabur di Iskandar Malaysia. Pelabur akan dapat maklumat yang tepat dan jelas dan segala urusan berkaitan pelaburan berkaitan kemudahan perunding (consultant) dokumentation yang lengkap akan diuruskan oleh IRDA. Selain itu IRDA memainkan peranan yang penting berkitan penyediaan kemudahan tanpa deposit di kaunter imigrasen kepada pelabur luar negara jika telah mendaftar dengan IRDA. Ianya memudahkan pelabur berurusan.

Pejabat IRDA di Danga Bay


Selain itu IRDA juga memainkan peranan penting sebagi perujuk kepada pelabur berkaitan Investment Planning, khidmat nasihat, Promotion, Penyediaan kemudahan  dan banyak lagi yang dilakukan oleh IRDA bagi menjamin kenyakinan kepada pelabur dan pembeli di Iskandar Malaysia.
IRDA juga bertindak sebagai ejen penyelerasan utama bagi pihak agensi kerajaan berkaitan dalam penerimaan, pemprosesan dan penygeraan kelulusan yang diperlukan untuk para pelabur di Iskandar Malsyai. Ini secar tidak langsung membantu para pelabur sedia ada dalam penyelesaian isu-isu yang mempengaruhi persekitaran perniagaan mereka.

En Yusri juga ada memberi penerangan bahawa Sasaran Pelaburan di Iskandar Malaysia adalah sekitar 385 billion pada tahun 2025. Pelaburan ini adalah datang dari dalam negara dan Luara negara. Pelaburan dari dalam nergara adalah yang paling banyak iaitu sekarang ini sudah mencapai 64% berbanding dari luar negara sebanyak 36%. Ini menunjukkan kenyakinan pelabur dalam negara adalah lebih tinggi, dimana semua sektor akan meningkat mendadak dan memberi peluang yang ada untuk dinikmati dan memperoleh keuntungan kepada rakyat negara ini.

Berikut senarai pelabur yang telah melabur Di Iskandar malaysia:

Singapura
6.05%
Spain
4.18%
Japan
3.42%
Netrland
2.82%


      3)    Latar Belakang IRDA

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah badan berkanun yang diberi kuasa untuk merancang, mempromosi, memproses, merangsang dan menjalan usaha-usaha pembangunan di ISKANDAR MALAYSIA. Ia juga bertanggungjawab merealisasikan visi dan objektif ISKANDAR MALAYSIA  ke arah sebuah metropolis kukuh, mampan dan bertaraf antarabangsa.   

      4)    Matlamat Jangka Panjang

Dalam tempoh 20 tahun pembangunannya, Iskandar Malaysia dijangka mampu mencapai pertumbuhan GDP pada kadar 8% setahun, menerbitkan GDP nominal US$93.3 billion dengan GDP per kapita US$31,100 pada 2025. Tambahan pula, kedapatan lebih daripada 1.5 juta peluang pekerjaan bagi populasi penduduk yang dijangka mencecah 3 juta pada waktu itu. Bagi mencapai aspirasi berkenaan, pelaburan bernilai RM383 billion perlu disediakan. 

      Kepesatan pelaburan di Iskandar Malaysia telah menjana peningkatan aktiviti ekonomi yang secara tidak langsung mewujudkan permintaan tinggi terhadap pekerja. Lebih daripada 20,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan, dengan hampir 10,000 pekerjaan dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E), lebih daripada 6,000 dalam bidang riadah dan pelancongan, manakala hampir 6,000 lebih dalam bidang pendidikan. Lebih daripada 55,000 peluang pekerjaan baru dijangka dapat dijana sepanjang tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

Secara kolektif, pembangunan di setiap Zon Ekonomi Utama Iskandar Malaysia memberikan bukti jelas tentang pertumbuhan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhannya. 


Video garfik 3D gambaran sebenar pembangunan Iskandar Malaysia



Zon Pembangunan Lestari Iskandar Malaysia

    
ZON A (JB City Center)


1.                  Bangunan Sultan Iskandar Malaysia (CIQ)
2.                  Pembangunan Pesisir pantai Teluk Danga
3.                  Daerah Senteral JB
4.                  Lido Bouleverd
5.                  Menara MSC Cyberport



      ZON B (Nusajaya)


1.                  Taman Kesihatan Afiat
2.                  Educity @Iskandar
3.                  Taman Tema tertutup
4.                  Kota Iskandar
5.                  Legoland Malaysia
6.                  Medini Iskandar 
            -   Medini North
            -   Iskandar Financial District
            -   Medini Central 
            -   Medini South
7.                  Taman perindustrian cemerlang (NICP)
8.                  Puteri Harbour
9.                  Taman perniagaan Setia
10.              Kelompok Lgistik Perindustrian Selatan (SILC)





Paparan Video legoland Malaysia
                 

     ZON C (Pembangunan Gerbang Barat)



1.                  Hab Petroleum Asia (APH)
2.                  Industri Petrokimia dan Maritim Tanjung BHabIN
3.                  Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)
4.                  tapak Warisan RAMSAR Johor
5.                  Stesen Janakuasa Tanjung Bin

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)




        ZON D (Pembangunan Gerbang Timur)




1.                  Pusat Perdagangan dan Ekspo Asia Pasifik (APTEC)
2.                  Bandaraya pengetahuan  Bandar Seri Alam
3.                  Pelabuhan Johor
4.                  Taman Perindustrian pasir Gudang
5.                  Hospital pakar Regency Seri Alam
6.                  Kompleks Perindustrian tanjung langsat
7.                  Pelabuhan tanjung Langsat



       ZON E (Senai – Skudai)



1.                  Lapangan Terbang Antrabangsa Sultan Ismail
2.                  Bandar lapangan Terbang Senai (Aero Mall, Taman Teknologi Tinggi, Taman Aeroangkasa, Zon Bebas, Taman kargo dan Logistik)
3.                  Johor premium Outlet
4.                  Taman Teknologi Johor
5.                  Bandar MSC Cyberport
6.                  Taman Perindustrian Sedenak
7.                  UTM

Keratan akhbar  - penglibatan UTM dalam
 pembangunan Iskandar Malaysia

Kesimpulan

Penerengan yang jelas serta dibawa melawat sekitar IMIC dan kawasan Danga Bay Convetion center telah banyak memberi manfaat dan ilmu pengetahuan apa itu pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang dilaksanakan kini. Di kesempatan ini Saya mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada En.Yusri (pegawai information IMIC) yang telah berkerjasama dengan baik sepanjang lawatan kami ke IMIC. Sebagaimana yang diterangkan tadi oleh En Yusri  IMIC memainkan peranan yang penting bagi merealisasikan pembangunan Iskandar Malaysia menjadi kenyatan untuk dinikmati oleh rakyat dan ganerasi akan datang. Secara keseluruhanya Objektif lawatan ke IMIC ini telah tercapai dan segala maklumat yang diperolehi ini akan saya gunakan bagi menyiapkan tugasan IT sesi 2 tahap 1 iaitu membuat Blog berkaitan maklumat Iskandar Malaysia Information Center. Di akhir lawatan jam sekitar 5 petang  kami telah dijemput minum petang sebelum pulang ke UTM Skudai

Cadangan


1.                  Cadangkan bagaimana maklumat tentang UTM boleh dimasukan dengan lebih berkesan dalam Iskandar Malaysia Information Center (IMIC).

  1. Menyediakan paparan skrin maya 3D dan Hologram/Holografik berkaitan UTM di Danga bay Convention Center. Skrin Maya ini dilengkapkan dengan maklumat UTM. 


  antara yang dicadangkan di IMIC 3D Hologram Demonstration




3. Apa yang anda dapat dari lawatan ke IMIC.

1.                  Dapat mengetahui apa itu Iskandar Malaysia serta lokasi yang terlibat di wilayah yang telah dijadikan Zon-Zon ekonomi Iskadar malaysia.
2.                  Mengetahui wawasan Iskandar malysia yang menjadi metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan lestari sebagai tanda pertumbuhan pesat di bawah pihak berkuasa pembangunan Iskadar  (IRDA).
3.                  Mengetahui bahawa Iskandar Malaysia ini berada di lokasi strategik iaitu di laluan perkapalan antarbangsa yang utama.
4.                  Kawasan Iskandar Malaysia adalah seluas 2,217 kilometer persegi adalah tiga kali lebih besar dais saiz Singapura  yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, infra struktur, kepelbagaian ekonomi, mewujudkan tenaga kerja yang mahir serta yang menjalakan perniagaan yang berdaya saing.
5.                  Mengetahui peranan IRDA dalam Iskandar Malaysia, dimana ianya berfungsi sebagai mengawalselia dan memantau penglibatan pemegang berkepentingan dalam sektor awam dan swasta kearah merealisasikan wawasan membangunakan Isakandar Malaysia.
6.                  Penggunaan paparan skrin sesentuh bagi mendapatkan maklumat adalah satu alat IT yang paling mudah dan mesra pengguna.

No comments:

Post a Comment