1.) Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia
Berdasarkan keluasan 2,217
kilometer persegi, iaitu dalam jangkaan tiga kali lebih besar dari saiz
Singapura, Iskandar Malaysia menawarkan ruang hartanah yang mencukupi dengan harga
paling komptetif.
Untuk makluman Iskandar Malaysia adalah yang pertama dilaksanakan sebagai perintis kepada pengerak kearah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Pada masa ini Iskandar Malaysia adalah yang paling banyak memberi pendapatan dan kemajuan yang mendadak daripada segi penglibatan pelaburan yang dibuat samada pelabur dalam negara atau daripada pelabur luar negara yang melabur di Iskandar Malysia. Keyakinan pelabur ini adalah satu kehebatan dan kelebihan buat Iskandar Malysia yang telah dirancang dengan jayanya berkemungkinan atas beberapa faktor antarnaya Iskandar Malaysia berdekatan dengan Singapura yang kita kenali sebagai antara negeri yang maju didunia serta ekonomi yang kukuh berbanding negara berdekatan seperti Indonesia, Brunai dan Thailand. Kedudukan Iskandar Malaysia di tempat lokasi strategik telah memberi tempias dan persaingan ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan, sektor hartatanah dan sektor perindustrian dan juga pelabuhan. Pembangunan Iskandar Malysia ini secara tidak langsung akan dapat menaikan nilai hartanah di seluruh kawasan Iskandar malysia.
Selain itu Bilangan penduduk juga
akan bertambah pada masa hadapan. Mengikut sasaran yang dibuat, dianggarkan pada
tahun 2025 penduduk di Zon Johor Baharu City adalah sekitar 3 juta
penduduk berbanding sekarang hanya
sekitar 1 juta penduduk.
Sementara perkapita pendapatan akan bertambah
sebanyak USD 31,100 pada tahun 2025. Peluang pekerjaan akan bertambah kepada
1.46 juta kekosongan.
Berikut merupakan sasaran yang dibuat:
Economy Growth
2005
|
2025
|
|
GDP (USD)
|
20b
|
93b
|
Perkabita (USD)
|
14,790
|
31,100
|
Dengan perancangan dan sedang
dilaksanakan pembangunan Iskandar Malysia ini akan memberi impak kepada negara
jiran kita terutamya dari segi ekonomi, pelancongan, pendidikan, sosial, kuasa
membeli akan meningkat.Begitu juga penyediaan Infrastruktur seperti perhuhungan
darat, udara dan laut bertambah, kemudahan IT berteraskan teknologi terkini
menjadikan bandar pada zetiap Zon utam menjadai bandar cyber. Begitu juga persaingan ekonomi akan menjadi lebih terbuka
dan berdayasaing. Contohnya di Wilayah Iskandar Malaysia menempatkan Zon
strategik seperti di Zon Pembangunan Gerbang Barat yang menempatkan Pelabuhan
Tanjung Pelepas (PTP) untuk laluan kapal-kapal kargo yang sekarang ini akan
membuka ruang kepada kapal yang melalui
selat Melaka dan terus berlabuh di PTP
untuk mengisi minyak dan tidak ke Pelabuhan Jurong. Begitu juga Di Zon
Pembangunan Gerbang Timur yang menempatkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan
Tanjung langsat bagi memberi ruang kepada kapal-kapal dari sebelah Timur. Kelebihan
dan lokasi strategik yang ada di Iskandar Malaysia ini akan menjadikan Negeri
Johor adalah yang termaju berbanding negeri-negeri lain dan setanding negara maju
seperti Japan, Taiwan dan Singapura.
2) Mencetus Pemangkin Pembangunan
Khazanah adalah salah satu
pemegang saham dengan sejumlah pelaburan dan inisiatif dalam Iskandar Malaysia.
Perkara ini tertakluk di bawah tunggak ketiga mandat Khazanah - membuat
pelaburan dalam sektor dan kawasan baru yang strategik demi jaminan masa depan
negara.
Inisiatif pembangunan Khazanah di Iskandar Malaysia bersifat pemangkin dan
dilaksanakan menerusi beberapa langkah. Sebagai contoh, Pelaburan Iskandar Bhd.
(IIB) yang mempunyai 60% saham adalah pemaju utama Medina Iskandar, pusat
perniagaan penting di Nusajaya. IIB juga pemaju EduCity, gedung pendidikan di
Nusajaya yang merangkumi universiti bertaraf dunia, sekolah antarabangsa dan
kolej, tempat tinggal dan kemudahan rekreasi. Tambahan pula, IIB terlibat dalam
pembinaan Taman Tema LEGOLAND Malaysia yang bertempat di Nusajaya dan dijangka
akan dibuka pada hujung tahun ini.
Pejabat IRDA di Danga Bay
Selain itu IRDA juga memainkan
peranan penting sebagi perujuk kepada pelabur berkaitan Investment Planning,
khidmat nasihat, Promotion, Penyediaan kemudahan dan banyak lagi yang dilakukan oleh IRDA bagi
menjamin kenyakinan kepada pelabur dan pembeli di Iskandar Malaysia.
IRDA juga bertindak sebagai ejen penyelerasan
utama bagi pihak agensi kerajaan berkaitan dalam penerimaan, pemprosesan dan
penygeraan kelulusan yang diperlukan untuk para pelabur di Iskandar Malsyai.
Ini secar tidak langsung membantu para pelabur sedia ada dalam penyelesaian
isu-isu yang mempengaruhi persekitaran perniagaan mereka.
En Yusri juga ada memberi
penerangan bahawa Sasaran Pelaburan di Iskandar Malaysia adalah sekitar 385
billion pada tahun 2025. Pelaburan ini adalah datang dari dalam negara dan
Luara negara. Pelaburan dari dalam nergara adalah yang paling banyak iaitu
sekarang ini sudah mencapai 64% berbanding dari luar negara sebanyak 36%. Ini
menunjukkan kenyakinan pelabur dalam negara adalah lebih tinggi, dimana semua
sektor akan meningkat mendadak dan memberi peluang yang ada untuk dinikmati dan
memperoleh keuntungan kepada rakyat negara ini.
Berikut senarai pelabur yang telah melabur Di
Iskandar malaysia:
Singapura
|
6.05%
|
Spain
|
4.18%
|
Japan
|
3.42%
|
Netrland
|
2.82%
|
No comments:
Post a Comment