Friday 15 February 2013

1. Iskandar Malaysia Information Center (IMIC)




Pandangan hadapan IMIC

Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) ialah tempat memberi maklumat berkaitan pembangunan lestari berwawasan kearah negara maju 2020 di dalam Wilayah Iskandar Malaysia. Terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay, ia dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Feb 2012.
 ibni Almarhum Sultan Iskandar


 

Iskandar Malaysia - 360° Cube Screen


Dengan platform komunikasi sedia ada, orang awam, pelabur dan pelabur yang berpotensi kini mempunyai peluang yang lebih untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai ISKANDAR MALAYSIA - di Pusat Maklumat ISKANDAR MALAYSIA (IMIC – ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTER).

En Yusri  berkata peranan utama IMIC adalah sebagai platform interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. IMIC akan mempamerkan kemajuan pembangunan dan kerjasama antara agensi-agensi, badan-badan Kerajaan dan pelabur di ISKANDAR MALAYSIA. 
"Ia akan menjadi satu forum bagi semua pihak yang berkepentingan untuk memahami, belajar dan mengambil bahagian dalam perkembangan di ISKANDAR MALAYSIA," kata En Yusri, sambil menambah IMIC juga akan membantu untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelan induk ISKANDAR MALAYSIA.”
Berkeluasan 19,057 kaki persegi, pusat maklumat ini yang dijangka menerima 200,000 pengunjung setahun, dilengkapi dengan panel skrin sentuh interaktif dan kiosk maklumat.
Pusat ini akan menjadi sumber pengetahuan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk memenuhi jangkawan demografi umum berikut:

             1) Komuniti Tempatan - masyarakat tempatan akan dapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan   hasrat, kesan dan kemajuan daripada ISKANDAR MALAYSIA kepada kesejahteraan umum;

           2) Masyarakat Serantau - Ini termasuk bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi juga pelawat dari negara-negara ASEAN yang lain. Mereka  boleh mendapatkan penerangan dan maklumat tentang kesan yang dibawa oleh ISKANDAR MALAYSIA di rantau ini dan bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam pertumbuhannya.

             3) Pelabur - Sebagai pihak yang berpotensi dan juga rakan strategik, mereka akan dimaklumkan mengenai skop dan keunikan ISKANDAR MALAYSIA dan peluang yang dibuka untuk perniagaan dan pelaburan di ISKANDAR MALAYSIA;

        4) Pelawat Antarabangsa - yang meliputi ekspatriat dan pelancong asing; pusat ini perlu memfokuskan kepada mereka, aspirasi ISKANDAR MALAYSIA sebagai pembangunan yang bertaraf dunia.
IMIC yang menelan belanja lebih kurang RM5million, dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu Melabur, Bekerja, Bermastautin and Beriadah. Ia juga dilengkapi dengan UniFi. IMIC dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Ianya ditutup setiap hari Isnin dan Cuti Am.

No comments:

Post a Comment