Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat Blog Ai. Untuk makluman wujudnya Blog Ai ini adalah hasil daripada tugasan subjek IT yang diberikan untuk kursus bridging pembantu makmal ke penolong pegawai sainssesi 2 tahap 1/2013. Kursus yang saya ikuti ini merangkumi lima subjek teras yang perlu di ambil iaitu Teknologi Maklumat, Kimia, Geologi, Biologi dan Fizik. Ia sememangnya telah banyak memberi ilmu pengetahuan yang sangat berguna semasa dalam pekerjaan untuk membantu pelajar menjalankan amali atau membantu pensyarah dalam penyelidikan walaupun objektif kursus ini diadakan adalah satu paltform kenaikan pangkat dalam kerjaya semasa. Dikesempatan ini saya ucapakan jutaan terima kasih kepada PM Dr. Sharizal[link]pensyarah it dalam kursus inidan tahniah juga kepada rakan-rakan seperjuangan lain yang sama-sama berusaha menyiapkan blogseperti yang dinginkan. Bagi saya masih banyak lagi yang saya perlu pelajari untuk membina blog yang terbaik. Walau bagaimanpun ianya satu pengalaman berharga kepada yang tidak pernah membuat Blog sebelum ini seperti saya.
Welcome to Ai Blog.......
Berikut Tugasan yang perlu kami buat:
1. Etika Profesional di Alam Maya - Slide, dihantar dalam Dropbox
2. Teknologi Cloud Computing - Blog
3. Laporan lawatan ke Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) - blog
4. Laporan ringkas (log) bagi setiap matapelajaran - blog
Teknologi
Cloud Computing merupakan sebuah teknologi yang pada masa ini sedang hangat digunakan
dan berkembang pesat dalam era teknologi maklumat bagi perhubungan, menyampai
(berkongsi maklumat) dan menerima maklumat dengan lebih cepat dan mudah.
Difinisi Cloud Computing
Cloud computing adalah
proses di mana Anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan
segala data peribadi Anda sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman
suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila Anda
mengupload data-data milik Anda ke sebuah website kemudian data yang
Anda sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer
lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit
melalui sambungan internet.
Apple memandang Cloud
Computing sebagai satu proses yang mempunyai masa depannya tersendiri. buktinya Apple mencipta aplikasi iCloud
untuk membolehkan aktiviti perkomputeran awan dilakukan melalui peranti
mereka seperti MacBook, iPhone atau iPad. Perkomputeran awan boleh
dijalankan bila-bila masa, dari mana-mana saja, biasanya dengan
menggunakan website percuma atau aplikasi web percuma seperti Google
Docs.
Sebagai contoh, Anda
upload gambar-gambar kesukaan Anda melalui laptop MacBook Air anda ke
Google Picasa. Setelah itu, Anda keluar ke sebuah restoran untuk
berjumpa dengan kawan Anda. Ketika sedang minum-minum dengan dia, Anda
mengakses laman web Google Picasa tadi melalui iPhone 4 Anda di mana
Anda telah upload semua gambar-gambar kesukaan Anda untuk Anda
perlihatkan kepada kawan Anda. Dalam masa yang sama, adik Anda di rumah
turut mengakses Google Picasa milik Anda melalui komputer tablet iPad
miliknya, kemudian memuatkan naik (upload) beberapa lagi gambar untuk
ditambah bagi menyerikan suasana.
Contoh terbaik untuk
memahami cloud computing atau perkomputeran awan adalah seperti 4shared,
di mana di dalam website ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik
(upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang
mereka langsung tidak kenal dan langsung tidak pernah berjumpa, tapi
mempunyai minat yang sama iaitu menyukai lagu tersebut. Pengguna lain
yang menyukai lagu serupa mengakses laman 4shared, melihat lagu yang
diupload, menyukainya lalu mendownload lagu tersebut atau memberikan
linknya kepada rakan-rakan lain.
Cloud
computing semakin
banyak digunakan. Syarikat besar juga menggunakan cloud Computing
sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam
usaha menyiapkan sesuatu tugasan walau tidak bersua muka, tapi boleh
berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan Cloud
Computing sebagai tempat untuk mem’backup’ data-data penting. Secara
tidak langsung ianya dapata menjimatkan kertas, menjimatkan masa,
menjimatkan tenaga dan Jimat kos!
Seperti kemudahan digital
lain, Cloud Computing ada risiko tersendiri. Apa saja benda yang
menggunakan ‘password’ boleh dipecah masuk. Laman web milik Anda boleh
digodam oleh hacker berkemahiran. Mungkin orang lain dapat tahu tentang
password Anda, membuka laman web Anda kemudian memadamkan data-data yang
tersimpan di situ tanpa Anda ketahui.
Walau bagaimanapun,
risiko-risiko ini boleh dikawal dari semasa ke semasa. Kebaikan Cloud
Computing jauh lebih banyak dari keburukannya. Ia banyak memudahkan
Anda.
Infrastruktur Cloud computing
Cloud Computing juga membawa maksud 'komputer awan' atau juga lebih dikenali
sebagai 'pengkomputeran awam'. Perkhidmatan ini terbahagi kepada 3:
1. Infrastruktur as a servis (IaaS)
Menyediakan perkhidmatan virtal server instance (API) untuk
akses/configurasi virtual server dan storage masing-masing. Pada masa
ini, setiap syarikat yang melanggan hanya perlu membayar apa yang mereka
guna sahaja.
2. Platform as a service (PaaS)
Boleh didefinasikan sebagai satu alat pembangunan perisian yang dihoskan oleh mana-mana pembekal infrastruktur. Pembangunan aplikasi ini dilakukan melalui internet. Contohnya seperti Goggle Apps, Force.com dan Salesforce.com.
3. Software as a service (SaaS)
Saas merupakan pasaran yang sangat luas di mana pihak vendor akan membekalkan hardware
infrastruktur, produk perisian dan akan berhubung dengan pengguna melalui Front-End- Portal.
Contohnya seperti Web based email, inventory control dan database processing.
Terdapat 2+1 jenis awan (cloud):
Public Cloud
Dijual kepada sesiapa melalui internet. Pada masa ini, Amazon Web Services adalah pembekal public cloud terbesar di dunia.
Private Cloud
Merupakan satu rangkaian data center yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti yang terhad.
Virtual Private Cloud
Merupakan public cloud yang diwujudkan untuk kegunaan peribadi.
Contoh Teknologi Awam Cloud Computing
Satu lagi contoh teknologi cloud iaitu
dropBox. DropBox merupakan kombinasi berbagi file dan melakukan perhubungan
rangkaian dengan gadget lain. Contohnya apabila kita menggunakan Windows, Mac OSX, Android,
ataupun device yang lain, kita boleh mendapatkan berbagai file melalui DropBox.
Paling mudah adalah perhubungan
rangkaian secara automatik atau kita memasukan kedalam fail orang lain. Contohnya, saya memiliki project mini games yang bernama War target
games. FolderWar target games tersebut
saya share menggunakan DropBox ke programmer, designer, composer, dan
lain-lain. Sekiranya ada yang
menambahkan file baru ke dalam folder tersebut di komputer miliknya, saya akan
menerima file tersebut ke dalam komputer milik saya secara automatik. Oleh
karena itu, DropBox pada masa ini menjadi tools yang sangat penting untuk
proses development shearing maklumat terkini melalui alam maya.
Kelebihan Cloud Computing
1) Dapat berkongsi data dengan pengguna lain.
2) Mengurangkan beban membawa peralatan seperti External hardisk atau pendrive.
3) Memudahkan akses perolehan data di mana sahaja.
Kelemahan Cloud Computing
1) Data peribadi mudah diakses oleh pengguna lain.
2) Tidak boleh memperolehi data jika tidak mempunyai talian internet.
3) Saiz penyimpanan data yang terhad.
Microsoft 2020 technology future visio
Rehatkan minda anda sebentar
DROPBOX
Perisian yang ingin saya kongsikan adalah “Dropbox – Simply Your Life“. Dengan motto ”Your life’s work, wherever you are.” telah mengambarkan apakah fungsi sebenar aplikasi Dropbox ini.
Dalam erti kata lain Dropbox adalah perkhidmatan yang diberikan
secara percuma dan membolehkan pengguna membawa semua gambar, dokumen,
video atau apa sahaja data kemana-mana sahaja. Ini bermakna bahawa
mana-mana dokumen yang anda simpan ke laman web Dropbox secara
automatiknya akan turut berada kepada semua komputer anda dan telefon
anda.
Dropbox juga senang berkongsi data antara pengguna-pengguna lain yang
dibenarkan. Konsep yang dilakukan sama dengan konsep “Sharing Folder”.
Ini memudahkan perkongsian data secara terus dan pantas. Ini juga dapat menjaga sebarang dokumen penting anda daripada berlaku
sebarang bencana alam, kecurian dan perkara yang sewaktu dengan nya.
Sebagai contoh kecurian laptop anda, kerosakan hard disk, file crash dan
sebagainya.
Sila lawat laman web Dropbox untuk pendaftaran sekarang.
2. Setelah proses download selesai segera lakukan proses install DropBox di komputer anda
3. Langkah selanjutnya, buat account di DropBox, lihat gambar dibawah ini
4. Isi maklumat data peribadi anda dan klik NEXT
5. Setelah mengisi maklumat data diri klik Next, anda boleh pilih kapasiti size file dan. Klik Next
> Skip Tour
6. Sekarang Akuan Dropbox anda sudah selesai dan komputer anda sudah link dengan DropBox
7. Langkah berikutnya adalah cara menggunakan DropBox untuk melakukan
sharing sebuah file tanpa melakukan proses Upload. Lihat gambar diatas,
Klik Folder , maka akan memepaparkan seperti gambar dibawah ini. Pilih
file yang dikehendaki untuk sharing melalui DropBox kemudian Drag and Drop
file tersebut ke dalam public folder DropBox.
8. Setelah selesai, Klik pada public folder DropBox tersebut.
9. Untuk mendapatkan link file yang akan anda bagikan kepada teman anda
secara online , Klik kanan file pada file yang di maksudkan > DropBox
> kemudian Copy link file anda. Lihat pada gambar dibawah ini.
[IMIC]link Tarikh Lawatan : 30 Januari 2013 Tempat : IMIC Danga Bay[link], Johor Baharu
1. Pengenalan
Wilayah Iskandar Malaysia telah direka bentuk khas untuk menarik para
pelabur. Wilayah itu akan dilengkapi dengan kemudahan terkini,
infrastruktur lengkap dan pusat perniagaan setempat untuk memastikan
transaksi perniagaan lebih cepat, lancar dan mudah. Terletak di Negeri Johor, gerbang selatan Semenanjung Malaysia, antara kebaikkan pembangunan Iskandar Malaysia ini ialah :-
Perjalanan hanya mengambil masa antara 6 hingga 8 jam penerbangan dari Bandaraya Asia yang sedang
berkembang pesat seperti Bangalore, Dubai, Hong Kong, Seoul, Shanghai,
Taipei dan Tokyo.
Ianya terletak dalam jangkauan pasaran global yang meliputi kira-kira 800 juta orang.
Dihubungkan melalui laluan udara, darat, kereta api dan laut.
Dikelilingi 3 pelabuhan besar berdekatan iaitu Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Tanjung Langsat di Semenanjung Malaysia dan Pelabuhan Jurong di Singapura.
Peta lokasi strategik Iskandar Malaysia
Dengan mempunyai salah satu daripada persekitaran perniagaan yang paling
baik di rantau ini, Malaysia ialah tempat yang paling baik untuk
melabur. Dengan mengambil kira gaji kompetitif, inflasi rendah, kadar
pengekalan perkerja yang tinggi, pekerja-pekerja berpendidikan baik dan
fasih pelbagi bahasa serta infrastruktur bertaraf dunia, ia merupakan
pertimbangan ekonomi baik untuk melabur di dalam sebuah negara yang
kukuh dan stabil seperti Malaysia.
Wilayah
Iskandar Malaysia ini dibahagikan kepada beberapa Zon Utama iaitu Zon A merangkumi
kawasan daerah JB City Center, Zon B (Nusajaya), Zon C (Western Gate
Development), Zon D (Eastern Gate Development) dan Zon E (Senai-Skudai
Development). Iskandar Malaysia akan menjadi wilayah pembangunan paling pesat di
hujung selatan Semenanjung Malaysia, di mana kehidupan, hiburan, alam
persekitaran dan perniagaan digabungkan untuk membentuk metropolis maju
dan makmur.
2. Iskandar Malaysia Information Center (IMIC)
Pandangan hadapan IMIC
Iskandar Malaysia Information
Center (IMIC) ialah tempat memberi maklumat berkaitan pembangunan lestari
berwawasan kearah negara maju 2020 di dalam Wilayah Iskandar Malaysia. Terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay, ia dilancarkan oleh Duli Yang Maha
Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Feb 2012.
Video gambaran ilustrasi Iskandar Malaysia
Dengan platform komunikasi sedia ada, orang awam, pelabur dan pelabur yang
berpotensi kini mempunyai peluang yang lebih untuk mendapatkan kefahaman yang
lebih mendalam mengenai ISKANDAR MALAYSIA - di Pusat Maklumat ISKANDAR MALAYSIA
(IMIC – ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTER).
En Yusri berkata peranan utama IMIC
adalah sebagai platform interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak
berkepentingan. IMIC akan mempamerkan kemajuan pembangunan dan kerjasama antara
agensi-agensi, badan-badan Kerajaan dan pelabur di ISKANDAR MALAYSIA.
"Ia
akan menjadi satu forum bagi semua pihak yang berkepentingan untuk memahami,
belajar dan mengambil bahagian dalam perkembangan di ISKANDAR MALAYSIA,"
kata En Yusri, sambil menambah IMIC juga akan membantu untuk menggalakkan
pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelan induk ISKANDAR MALAYSIA.”
Berkeluasan
19,057 kaki persegi, pusat maklumat ini yang dijangka menerima 200,000
pengunjung setahun, dilengkapi dengan panel skrin sentuh interaktif dan kiosk
maklumat.
Pusat
ini akan menjadi sumber pengetahuan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat
untuk memenuhi jangkawan demografi umum berikut:
1) Komuniti Tempatan - masyarakat tempatan akan dapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan
hasrat, kesan dan kemajuan daripada ISKANDAR MALAYSIA kepada kesejahteraan
umum;
2) Masyarakat Serantau - Ini termasuk bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi juga pelawat dari
negara-negara ASEAN yang lain. Mereka boleh mendapatkan penerangan dan
maklumat tentang kesan yang dibawa oleh ISKANDAR MALAYSIA di rantau ini dan
bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam pertumbuhannya.
3) Pelabur -
Sebagai pihak yang berpotensi dan juga rakan strategik, mereka akan dimaklumkan
mengenai skop dan keunikan ISKANDAR MALAYSIA dan peluang yang dibuka untuk
perniagaan dan pelaburan di ISKANDAR MALAYSIA;
4) Pelawat Antarabangsa - yang meliputi ekspatriat dan pelancong asing; pusat ini perlu
memfokuskan kepada mereka, aspirasi ISKANDAR MALAYSIA sebagai pembangunan yang
bertaraf dunia.
IMIC
yang menelan belanja lebih kurang RM5million, dibahagikan kepada beberapa
seksyen iaitu Melabur, Bekerja, Bermastautin and Beriadah. Ia juga dilengkapi
dengan UniFi. IMIC dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10 pagi
hingga 7 malam. Ianya ditutup setiap hari Isnin dan Cuti Am.
3. Taklimat oleh pegawai perhubungan awam IMIC
Taklimat ringkas daripada staf IMIC berkenaan
peranan IMIC dalam Iskandar Malaysia
Kami telah diberi penerangan oleh
pegawai informasi IMIC iaitu En Yusri. Beliau telah memberi penerangan dengan
jelas berkaitan pembangunan Wilayah Iskandar Malysia yang mernagkumi tentang
sejarah, kelebihan dan kebaikan dilaksanakan, pelaburan, kewangan, pertumbuhan
ekonomi negara, GDP, Perkapita Pendudukn, pembangunan IT, taman tema Legoland,
IRDA dan banyak lagi yang berkaitan dengan pembangunan Iskandar Malaysia yang
sedang dan akan dilaksanakan. Menurut beliau Wilayah Iskandar Malsyaia ini
adalah termasuk salah satu lima wilayah pembangunan Koridor Ekonomi dibina
Malysia semasa dibawah pemerintahan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Wilayah Koridor tersebut ialah Wilayah koridor Ekonomi
Utara, , Wilayah Koridor Ekonomi Iskandar Malaysia, Wilayah Koridor Ekonomi
Timur, Wilayah Koridor Ekonomi Sabah dan Wilayah Koridor Ekonomi Sarawak
4. Lawatan di ruang pameran informasi IMIC
Penggunaan teknologi touchscreen moniter yang disediakan di
IMIC memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat
dengan lebih mudah dan mesra pengguna
Di IMIC maklumat boleh didapati dengan menggunakan scaren sesentuh. kebanyakan teknologi ini digunakan untuk hand phone, laptop television, moniter. Teknologi ini mudah menemukan suatu
alat yang hanya perlu menyentuh pada layar secreen sahaja. Touchscreen merupakan sebuah
paparan screen komputer yang biasanya digunakan untuk menampilkan informasi
grafikal dan visual yang merupakan output dari sebuah
komputer. Pada touchscreen ini kita sebagai pengguna langsung dapat
memberikan maklumat dengan cara menyentuh layarnya.Pada era
sebelum ada touchscreen kita sebagai pengguna kebanyakannya memberikan maklumat
pada keypad yang kemudian akan diteruskan oleh program.Selanjutnya mari
kita mengetahui bagaimana cara kerja dari touchscreen ini sendiri. Boleh dikatakan keseluruhan ruang pameran informasi di IMIC ini menggunakan kaedah touchscreen bagi mendapatkan maklumat.
5.Antara teknologi IT yang digunakan di IMIC
1. Penggunaan teknologi moniter touch screen.
Pada umumnya,layar touchscreen terbahagi kepada 3 bahagian atau komponen utama iaitu:
1. Touch Sensor
2. Controller
3. Software driver
Touch Sensor
Touch sensor merupakan sebuah lapisan penerima input dari luar monitor.
Input dari touchscreen adalah sebuah sentuhan, maka dari itu sensornya juga merupakan sensor sentuh.
Controller
Controller merupakan sebuah alatan yang digunakan untuk menghubungkan
antara sensor dengan komputer yang akan memproses sentuhan
tersebut.
Keterangan maklmuat screen sesentuh:
1. Touch sensor
2. Controller
3. Software driver
Selanjutnya touchscreen ini sendiri ada 3 jenis iaitu :
>Capasitive Touchscreen
>Surface Wave Touchscreen
>Resistive sensor Touchscreen
>Capasitive Touchscreen
1. Penggunaan gerakan badan (body motion)
Teknologi body motion juga telah diaplikasikan di dalam permainan interaktif
selain daripada teknologi skrin sesentuh. Teknologi ini akan mengesan
pergerakan objek secara sensor bagi memulakan permainan dan pengunjung perlu bijak untuk
mencari titik pengesanan agar boleh dikesan oleh pengesan body motion ini.
2) Penggunaan lcd projectro 3D
Di IMIC juga kami melawat sebuah bilik gelap yang menempatkan tayangan video melalui lcd projector dalam bentuk tiga dimensi (3D view. Paparan ini di lakukan oleh teknologi lcd dalam bentuk 3 dimendi dimana lcd tersebut diletakkan kanta cekung dan dibalikan ke belakang yang menempatkan cermin di bahagian belakang kanta cekung tersebut. Hasilnya gambar yang dipancar kan akan berbentuk melengkung seperti sefera bumi.(bulat)
Gambar di atas menunjukkan beberapa
penyediaan paparan maklumat berkaitan Pembangunan Iskandar Maysia telah disediakan
dan dikendalikan menggunakan kaedahTeknologi maklumat terkini secara screen
sesentuh berinteraktif menjadikan satu tarikan kepada pengunjung dan pelawat.
Selain itu penggunaan komunikasi poster elektronik, penggunaan LCD projector
dalam bentuk 3 dimensi (3D view), paparan education game dan banyak lagi boleh
dilihat di dalam Danga Bay Convetion Center. Di IMIC ini juga disediakan alatan permainan berteknologi perkomputeran yang terkini berkaitan permainan (games) animasi pergerakan tangan tanpa wayer yang berhubung terus pada paparan screen moniter.
6. Maklumat berkaitan Iskandar Malaysia di IMIC
1.) Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia
Berdasarkan keluasan 2,217
kilometer persegi, iaitu dalam jangkaan tiga kali lebih besar dari saiz
Singapura, Iskandar Malaysia menawarkan ruang hartanah yang mencukupi dengan harga
paling komptetif.
Untuk makluman Iskandar Malaysia
adalah yang pertama dilaksanakan sebagai perintis kepada pengerak kearah
mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Pada masa ini
Iskandar Malaysia adalah yang paling banyak memberi pendapatan dan kemajuan
yang mendadak daripada segi penglibatan pelaburan yang dibuat samada pelabur
dalam negara atau daripada pelabur luar negara yang melabur di Iskandar
Malysia. Keyakinan pelabur ini adalah satu kehebatan dan kelebihan buat Iskandar
Malysia yang telah dirancang dengan jayanya berkemungkinan atas beberapa faktor
antarnaya Iskandar Malaysia berdekatan dengan Singapura yang kita kenali
sebagai antara negeri yang maju didunia serta ekonomi yang kukuh berbanding
negara berdekatan seperti Indonesia, Brunai dan Thailand. Kedudukan Iskandar
Malaysia di tempat lokasi strategik telah memberi tempias dan persaingan
ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan, sektor hartatanah dan sektor
perindustrian dan juga pelabuhan. Pembangunan Iskandar Malysia ini secara tidak
langsung akan dapat menaikan nilai hartanah di seluruh kawasan Iskandar
malysia.
Selain itu Bilangan penduduk juga
akan bertambah pada masa hadapan. Mengikut sasaran yang dibuat, dianggarkan pada
tahun 2025 penduduk di Zon Johor Baharu City adalah sekitar 3 juta
penduduk berbanding sekarang hanya
sekitar 1 juta penduduk.
Sementara perkapita pendapatan akan bertambah
sebanyak USD 31,100 pada tahun 2025. Peluang pekerjaan akan bertambah kepada
1.46 juta kekosongan.
Berikut merupakan sasaran yang dibuat:
Economy Growth
2005
2025
GDP (USD)
20b
93b
Perkabita (USD)
14,790
31,100
Dengan perancangan dan sedang
dilaksanakan pembangunan Iskandar Malysia ini akan memberi impak kepada negara
jiran kita terutamya dari segi ekonomi, pelancongan, pendidikan, sosial, kuasa
membeli akan meningkat.Begitu juga penyediaan Infrastruktur seperti perhuhungan
darat, udara dan laut bertambah, kemudahan IT berteraskan teknologi terkini
menjadikan bandar pada zetiap Zon utam menjadai bandar cyber. Begitu juga persaingan ekonomi akan menjadi lebih terbuka
dan berdayasaing. Contohnya di Wilayah Iskandar Malaysia menempatkan Zon
strategik seperti di Zon Pembangunan Gerbang Barat yang menempatkan Pelabuhan
Tanjung Pelepas (PTP) untuk laluan kapal-kapal kargo yang sekarang ini akan
membuka ruang kepada kapal yang melalui
selat Melaka dan terus berlabuh di PTP
untuk mengisi minyak dan tidak ke Pelabuhan Jurong. Begitu juga Di Zon
Pembangunan Gerbang Timur yang menempatkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan
Tanjung langsat bagi memberi ruang kepada kapal-kapal dari sebelah Timur. Kelebihan
dan lokasi strategik yang ada di Iskandar Malaysia ini akan menjadikan Negeri
Johor adalah yang termaju berbanding negeri-negeri lain dan setanding negara maju
seperti Japan, Taiwan dan Singapura.
2) Mencetus Pemangkin Pembangunan
Khazanah adalah salah satu
pemegang saham dengan sejumlah pelaburan dan inisiatif dalam Iskandar Malaysia.
Perkara ini tertakluk di bawah tunggak ketiga mandat Khazanah - membuat
pelaburan dalam sektor dan kawasan baru yang strategik demi jaminan masa depan
negara.
Inisiatif pembangunan Khazanah di Iskandar Malaysia bersifat pemangkin dan
dilaksanakan menerusi beberapa langkah. Sebagai contoh, Pelaburan Iskandar Bhd.
(IIB) yang mempunyai 60% saham adalah pemaju utama Medina Iskandar, pusat
perniagaan penting di Nusajaya. IIB juga pemaju EduCity, gedung pendidikan di
Nusajaya yang merangkumi universiti bertaraf dunia, sekolah antarabangsa dan
kolej, tempat tinggal dan kemudahan rekreasi. Tambahan pula, IIB terlibat dalam
pembinaan Taman Tema LEGOLAND Malaysia yang bertempat di Nusajaya dan dijangka
akan dibuka pada hujung tahun ini.
En Yusari juga ada menerangakan peranan IRDA (Iskandar Regional
Development Authority) dalam Iskandar Malaysia dan kenapa diwujudkan apa
fungsinya. Menurut beliau IRDA di wujudkan bertujuan untuk mengawalselia dan
memantau penglibatan pemegang berkepentingan dalam sektor swasta dan sektor
awam ke arah merealisasikan wawasan membangunkan Iskandar Malaysia menjadi
sebauh metroplois bertaraf antarabangsa yang kukuh dan lestari.. Selain itu
IRDA memudahkan pengurusan untuk pelabur luar negara datang ke Malaysia melabur
di Iskandar Malaysia. Pelabur akan dapat maklumat yang tepat dan jelas dan
segala urusan berkaitan pelaburan berkaitan kemudahan perunding (consultant)
dokumentation yang lengkap akan diuruskan oleh IRDA. Selain itu IRDA memainkan
peranan yang penting berkitan penyediaan kemudahan tanpa deposit di kaunter
imigrasen kepada pelabur luar negara jika telah mendaftar dengan IRDA. Ianya
memudahkan pelabur berurusan.
Pejabat IRDA di Danga Bay
Selain itu IRDA juga memainkan
peranan penting sebagi perujuk kepada pelabur berkaitan Investment Planning,
khidmat nasihat, Promotion, Penyediaan kemudahan dan banyak lagi yang dilakukan oleh IRDA bagi
menjamin kenyakinan kepada pelabur dan pembeli di Iskandar Malaysia.
IRDA juga bertindak sebagai ejen penyelerasan
utama bagi pihak agensi kerajaan berkaitan dalam penerimaan, pemprosesan dan
penygeraan kelulusan yang diperlukan untuk para pelabur di Iskandar Malsyai.
Ini secar tidak langsung membantu para pelabur sedia ada dalam penyelesaian
isu-isu yang mempengaruhi persekitaran perniagaan mereka.
En Yusri juga ada memberi
penerangan bahawa Sasaran Pelaburan di Iskandar Malaysia adalah sekitar 385
billion pada tahun 2025. Pelaburan ini adalah datang dari dalam negara dan
Luara negara. Pelaburan dari dalam nergara adalah yang paling banyak iaitu
sekarang ini sudah mencapai 64% berbanding dari luar negara sebanyak 36%. Ini
menunjukkan kenyakinan pelabur dalam negara adalah lebih tinggi, dimana semua
sektor akan meningkat mendadak dan memberi peluang yang ada untuk dinikmati dan
memperoleh keuntungan kepada rakyat negara ini.
Berikut senarai pelabur yang telah melabur Di
Iskandar malaysia:
Singapura
6.05%
Spain
4.18%
Japan
3.42%
Netrland
2.82%
3) Latar
Belakang IRDA
Pihak Berkuasa Wilayah
Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah badan berkanun yang diberi kuasa untuk
merancang, mempromosi, memproses, merangsang dan menjalan usaha-usaha
pembangunan di ISKANDAR MALAYSIA. Ia juga bertanggungjawab merealisasikan visi
dan objektif ISKANDAR MALAYSIA ke arah sebuah metropolis kukuh, mampan
dan bertaraf antarabangsa.
4) Matlamat Jangka Panjang
Dalam tempoh 20 tahun
pembangunannya, Iskandar Malaysia dijangka mampu mencapai pertumbuhan GDP pada
kadar 8% setahun, menerbitkan GDP nominal US$93.3 billion dengan GDP per kapita
US$31,100 pada 2025. Tambahan pula, kedapatan lebih daripada 1.5 juta peluang
pekerjaan bagi populasi penduduk yang dijangka mencecah 3 juta pada waktu itu.
Bagi mencapai aspirasi berkenaan, pelaburan bernilai RM383 billion perlu
disediakan.
Kepesatan pelaburan di Iskandar
Malaysia telah menjana peningkatan aktiviti ekonomi yang secara tidak langsung
mewujudkan permintaan tinggi terhadap pekerja. Lebih daripada 20,000 peluang
pekerjaan telah diwujudkan, dengan hampir 10,000 pekerjaan dalam bidang
elektrik dan elektronik (E&E), lebih daripada 6,000 dalam bidang riadah dan
pelancongan, manakala hampir 6,000 lebih dalam bidang pendidikan. Lebih
daripada 55,000 peluang pekerjaan baru dijangka dapat dijana sepanjang tempoh
lima tahun dari 2011 hingga 2015.
Secara kolektif, pembangunan di
setiap Zon Ekonomi Utama Iskandar Malaysia memberikan bukti jelas tentang
pertumbuhan dan kemajuan yang telah dicapai sejak penubuhannya.
Video garfik 3D gambaran sebenar pembangunan Iskandar Malaysia
Zon Pembangunan Lestari Iskandar Malaysia
ZON A (JB City Center)
1.Bangunan
Sultan Iskandar Malaysia (CIQ)
2.Pembangunan
Pesisir pantai Teluk Danga
3.Daerah
Senteral JB
4.Lido
Bouleverd
5.Menara
MSC Cyberport
ZON B (Nusajaya)
1.Taman
Kesihatan Afiat
2.Educity
@Iskandar
3.Taman
Tema tertutup
4.Kota
Iskandar
5.Legoland
Malaysia
6.Medini
Iskandar
- Medini North
- Iskandar Financial District
- Medini Central
- Medini South
7.Taman
perindustrian cemerlang (NICP)
8.Puteri
Harbour
9.Taman
perniagaan Setia
10.Kelompok
Lgistik Perindustrian Selatan (SILC)
Paparan Video legoland Malaysia
ZON C (Pembangunan Gerbang Barat)
1.Hab
Petroleum Asia (APH)
2.Industri
Petrokimia dan Maritim Tanjung BHabIN
3.Pelabuhan
Tanjung Pelepas (PTP)
4.tapak
Warisan RAMSAR Johor
5.Stesen
Janakuasa Tanjung Bin
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)
ZON D (Pembangunan Gerbang Timur)
1.Pusat
Perdagangan dan Ekspo Asia Pasifik (APTEC)
2.Bandaraya
pengetahuan Bandar Seri Alam
3.Pelabuhan
Johor
4.Taman
Perindustrian pasir Gudang
5.Hospital
pakar Regency Seri Alam
6.Kompleks
Perindustrian tanjung langsat
7.Pelabuhan
tanjung Langsat
ZON E (Senai – Skudai)
1.Lapangan
Terbang Antrabangsa Sultan Ismail
2.Bandar
lapangan Terbang Senai (Aero Mall, Taman Teknologi Tinggi, Taman Aeroangkasa,
Zon Bebas, Taman kargo dan Logistik)
3.Johor
premium Outlet
4.Taman
Teknologi Johor
5.Bandar
MSC Cyberport
6.Taman
Perindustrian Sedenak
7.UTM
Keratan akhbar - penglibatan UTM dalam
pembangunan Iskandar Malaysia
Kesimpulan
Penerengan yang jelas serta dibawa melawat sekitar IMIC dan kawasan
Danga Bay Convetion center telah banyak memberi manfaat dan ilmu pengetahuan apa itu pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang dilaksanakan kini. Di
kesempatan ini Saya mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada En.Yusri
(pegawai information IMIC) yang telah berkerjasama dengan baik sepanjang lawatan kami ke IMIC. Sebagaimana yang diterangkan tadi oleh En Yusri IMIC memainkan peranan yang penting bagi
merealisasikan pembangunan Iskandar Malaysia menjadi kenyatan untuk dinikmati
oleh rakyat dan ganerasi akan datang. Secara keseluruhanya Objektif lawatan ke
IMIC ini telah tercapai dan segala maklumat yang diperolehi ini akan saya
gunakan bagi menyiapkan tugasan IT sesi 2 tahap 1 iaitu membuat Blog berkaitan
maklumat Iskandar Malaysia Information Center. Di akhir lawatan jam sekitar 5
petang kami telah dijemput minum petang
sebelum pulang ke UTM Skudai
Cadangan
1.Cadangkan bagaimana
maklumat tentang UTM boleh dimasukan dengan lebih berkesan dalam Iskandar
Malaysia Information Center (IMIC).
Menyediakan paparan skrin maya 3D dan Hologram/Holografik berkaitan UTM di Danga bay Convention Center.
Skrin Maya ini dilengkapkan dengan maklumat UTM.
antara yang dicadangkan di IMIC 3D Hologram Demonstration
3. Apa yang anda dapat dari
lawatan ke IMIC.
1.Dapat
mengetahui apa itu Iskandar Malaysia serta lokasi yang terlibat di wilayah yang
telah dijadikan Zon-Zon ekonomi Iskadar malaysia.
2.Mengetahui
wawasan Iskandar malysia yang menjadi metropolis bertaraf antarabangsa yang
kukuh dan lestari sebagai tanda pertumbuhan pesat di bawah pihak berkuasa
pembangunan Iskadar (IRDA).
3.Mengetahui
bahawa Iskandar Malaysia ini berada di lokasi strategik iaitu di laluan
perkapalan antarbangsa yang utama.
4.Kawasan
Iskandar Malaysia adalah seluas 2,217 kilometer persegi adalah tiga kali lebih
besar dais saiz Singapura yang
menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, infra struktur, kepelbagaian ekonomi,
mewujudkan tenaga kerja yang mahir serta yang menjalakan perniagaan yang
berdaya saing.
5.Mengetahui
peranan IRDA dalam Iskandar Malaysia, dimana ianya berfungsi sebagai
mengawalselia dan memantau penglibatan pemegang berkepentingan dalam sektor awam
dan swasta kearah merealisasikan wawasan membangunakan Isakandar Malaysia.
6.Penggunaan
paparan skrin sesentuh bagi mendapatkan maklumat adalah satu alat IT yang
paling mudah dan mesra pengguna.